Halaman

Khamis, 12 Ogos 2010

Faktor-faktor berlaku

   Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa  dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.

  Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa  maut.

3 ulasan:

  1. Anda punya usaha pingin lancar dan cepat kaya,kami punya solusinya.pesugihan/dana ghaib penglarisan usaha anda...ini murni tanpa tumbal apapun,minat hubungi KYAI AMAT:0823-4868-2574.🐭Klik Pesugihan Disini🐭

    BalasPadam