Halaman

Khamis, 12 Ogos 2010

PENGENALAN

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:


1. Halusinogen
Contoh: ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine.















2. Depresen
Contoh: methaqualone,tranquliser dan rahypnol















3. Kanabis
Contoh: ganja,hanish dan marijuana




























4. Psikotrapit
Contoh: syabu, ice, batu Kristal, kaca diamond dan ecstacy









5. Stimulant
Contoh: daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain






6. Opiat
Contoh:candu,morfin dan heroin




Faktor-faktor berlaku

   Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa  dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.

  Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa  maut.

Faktor-faktor berlaku


  Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah.  Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya  mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.


  Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah. Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana  dengan adanya pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan.  Faktor kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang  dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap dadah.

Kesan-kesan penagihan dadah: dari segi fizikal, mental dan emosi

  Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara mendadak.


Kesan-kesan penagihan dadah dari segi sosial

  Penagihan dadah akan membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati.  

  Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan  perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah sosial. Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita.

Cara-cara mengatasi masalah

  Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Cara-cara mengatasi masalah

  Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah. Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, remaja juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah supaya dengan melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak daripada mengambil dadah. Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan denda yang lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.

Pandangan dan pengajaran

Pandangan

  Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus membelenggu masyarakat.

Pengajaran

  Semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa mengharapkan pihak berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran rasional agar tidak terjebak dengan dadah. Perangi dadah habis-habisan.

Pandangan dan pengajaran

Pandangan

  Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sejagat dan harus dibendung dengan segera terutamanya dalam kalangan belia. Golongan yang dianggap sebagai pemimpin pada masa depan lebih banyk cenderung kepada gejala ini. Masalah ini jika tidak dibendung akan menyebabkan kepimpinan negara akan mundur. Telah timbul pelbagai persepsi bahawa negara ini telah gagal mengurus kan masalah penagihan dadah akibat peningkatan jumlah penagih dari tahun ke tahun. Oleh itu hasrat kerajaan untuk menilai semula program-program pemulihan sedai ada amat dialu-alukan.


Pengajaran

  Semua pihak diseru agar sudah sampai masanya agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang mempunyai pelan tindakan tersendiri bagi menangani isu berkaitan dadah perlu bangun bersama dengan usaha bersepadu bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah. Selain itu hasrat Malaysia untuk menjadi Negara bebas dadah 2015 akan berjaya jika di usahakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kesimpulan